Program Hari Bersama Komuniti

Maklumat Setempat | August 7, 2016

Pada 26/7/2016 bersamaan dengan hari Selasa, Pusat Internet Pekan Rumbia telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti di Balairaya Pekan Rumbia iaitu bersebelahan dengan Pusat Internet Pekan Rumbia. Program ini dijalankan bertujuan untuk mepromosi aplikasi dashboard komuniti, kempen klik dengan bijak dan kepelbagaian fungsi PI beserta perkhidmatan yang ditawarkan, ianya juga dapat merapatkan pihak PI dengan penduduk/komuniti tempatan dengan penganjuran pelbagai aktiviti bersama. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Taklimat Klik Dengan Bijak/Dashboard, pertandingan menganyam ketupat,pertandingan timbang bola takraw, pertandingan mewarna, kuiz ICT dan sebagainya. 

Tarikh : 26/7/2016

Masa : 9:00 am – 12.30 pm

Tempat : Balairaya Pekan Rumbia

DSCN0593 DSCN0617

DSCN0623 DSCN0584