mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2024 – CELIK ICT – NUR AZLIN ADAWIYAH BINTI HAIRO AZHA

Nama Nur Azlin Adawiyah binti Hairo Azha
Umur13 Tahun
Ahli 2023

Latar belakang

Azlin Adawiyah merupakan pelajar Tingkatan 1 yang bersekolah di SMK Dato’ Dol Said, Melaka. Beliau bersama adiknya mendaftar keahlian pada awal tahun 2023 dan pelajar mingguan kelas ICT di NADI Pekan Rumbia dan aktif dalam setiap program yang dijalankan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum adanya NADI Pekan Rumbia, Azlin tidak mempunyai ilmu asas pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dijalankan, Azlin dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Office. Beliau dapat membuat semua kerja sekolah dengan mudah, mencari maklumat dengan cepat dan boleh terus mencetak tanpa perlu pergi ke Pekan Alor Gajah. Selain aktif mengikuti kelas mingguan yang dijalankan, Azlin juga sering menyertai pertandingan dan program anjuran NADI.